ARKIB

KATEGORI

Buletin

PETRONAS jumpa telaga minyak di Teluk Mexico

Berita Global

Views

Berita Harian melaporkan, PETRONAS menerusi anak syarikatnya, Progress Resources USA Ltd (PRUL) bersama-sama dengan rakan penerokaannya, mengumumkan penemuan minyak di telaga eksplorasi Monumen, di luar pesisir Teluk Mexico, Amerika Syarikat (AS).

Penemuan itu menandakan pencapaian penting buat syarikat minyak negara itu untuk mengukuhkan dan membangunkan usahanya di benua Amerika. Ia ketika PETRONAS sedang mempelbagaikan dan mengembangkan portfolio perniagaan minyak dan gasnya di AS dan luar pesisir Teluk Mexico.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Penerokaan di telaga yang amat dalam itu telah digerudi sejauh kedalaman 10,164 meter dan menemui kira-kira 60 meter pasir mengandung minyak bersih di Lower Wilcox dari batu pasir Paleogene. Dengan penemuan itu, kerja penilaian lanjut diperlukan untuk menentukan potensi penuh pengumpulan minyak.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan PETRONAS, Adif Zulkifli berkata penemuan di Teluk Mexico AS itu adalah perkembangan yang menggalakkan untuk PETRONAS ketika syarikat itu terus mengejar peluang di luar Malaysia.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Katanya, ia adalah sejajar dengan strategi pertumbuhan tiga serampang PETRONAS iaitu untuk mengembangkan perniagaan teras minyak dan gas syarikat itu dengan mengembangkan asas sumbernya. Jelas beliau, ini adalah kemasukan dan penemuan pertama syarikat dalam operasi minyak dan gas di Teluk Mexico AS.

Tambah beliau lagi, PETRONAS akan terus meneroka peluang di rantau Amerika dan mengukuhkan kelestarian portfolio globalnya. Eksplorasi Monumen itu terletak di pusat Teluk Mexico AS dan dikendalikan oleh Equinor Gulf of Mexico LLC dengan 50 peratus kepentingan kerja sementara PRUL memegang 30 peratus dan Repsol E&P USA Inc memiliki baki 20 peratus.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto kredit PETRONAS

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply