ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petronas perkenal Gentari, entiti bebas untuk pemenuhi permintaan tenaga bersih global

Berita Tempatan

Views

Petronas hari ini memperkenalkan Gentari Sdn Bhd (“Gentari”) bagi mempercepatkan penerimagunaan dan pengkomersilan tenaga bersih.

Entiti baharu ini berhasrat menyediakan satu rangkaian penyelesaian tenaga boleh diperbaharui, hidrogen dan mobiliti hijau yang selamat, bertanggungjawab, kos teroptimum dan yang dikurangkan pelepasan karbon, berasaskan pendekatan bersepadu merentasi rantaian nilai tenaga bersih untuk pelanggan global.

Nama Gentari diperoleh menerusi gabungan perkataan Bahasa Inggeris ‘generation‘ (generasi) atau ‘to generate‘ (menjana) dan perkataan Bahasa Melayu lestari.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

Pengerusi Gentari Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata, pihaknya akan menawarkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih untuk memenuhi keperluan tenaga dan aspirasi karbon rendah Malaysia, serta pelanggannya di dalam dan luar negara.

Tambah beliau, Gentari bakal mendapat manfaat dari kapasiti dan sumber tersedia dalam pencarian tenaga bersih berskala industri, bermula dengan Malaysia dan Asia Pasifik.

Pada peringkat permulaan, menjelang 2030, Gentari berhasrat untuk:

  • Membina kapasiti tenaga boleh diperbaharui di antara 30-40 GW, khususnya menerusi solar dengan peluang tambahan dalam tenaga angin dan simpanan bateri;
  • Membekalkan hidrogen sehingga 1.2 juta tan setahun (mtpa) dengan memanfaatkan kecekapan di dalam membangunkan projek-projek besar untuk mencapai skala sebagai pengeluar hidrogen berkarbon rendah bermula dengan projek-projek di Malaysia;

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

  • Menjadi pembekal penyelesaian mobiliti hijau pilihan dan menyokong ekosistem kenderaan elektrik (EV) dengan menguasai 10 peratus jumlah pasaran (25,000 kemudahan pengecasan berdasarkan anggaran semasa) merentasi pasaran utama di Asia Pasifik terutamanya Malaysia dan India.

Antara aset tenaga bersih dan projek syarikat termasuk:

  • Kapasiti solar melebihi 1 GWp di India dan Malaysia;
  • Sebilangan projek pengeluaran hidrogen bersih yang dibangunkan di Malaysia dan beberapa pasaran utama bersama rakan-rakan kongsi; yang mana projek pertama disasarkan bermula pada 2025;
  • Lebih daripada 220 kenderaan elektrik di bawah model Vehicle-as-a-Service (VaaS) (Kenderaan Sebagai Perkhidmatan) dan mengembangkan lebih kurang 170 rangkaian kemudahan pengecasan sedia ada di India dan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gentari, layari www.gentari.com.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply