ARKIB

KATEGORI

Buletin

PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race dilancarkan

Berita Tempatan

Views

Petronas Dagangan Berhad (PDB) semalam telah melancarkan produk bahan api terbaharunya, PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race, yang dicipta untuk memenuhi permintaan enjin berteknologi tinggi masa kini dan memberikan pemanduan lebih berkuasa, responsif dan efisien.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Menurut Bernama, PDB dalam satu kenyataan berkata PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race baharu itu mempunyai ciri-ciri unik yang dirumus dengan pengubahsuaian teknologi ‘Advanced Dual Friction’ pertama di dunia yang mana teknologi itu 25 peratus lebih cekap dalam mengurangkan geseran berbanding produk sebelumnya.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Produk itu juga mampu mengurangkan pelepasan karbon melalui peningkatan interaksi antara bahan api dan minyak pelincir, di samping menambah kecekapan bahan api bagi pemanduan lebih jauh. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata bahan api dengan formulasi baharu itu telah dibangunkan untuk memenuhi teknologi enjin termaju dan keperluan pemanduan berkuasa tinggi pelanggannya.

Ujar beliau, dengan mengadaptasikan penggunaan teknologi bendalir dari trek ke jalan raya, mereka teruja kerana akhirnya dapat memberikan pelanggan pengalaman pemanduan bersahaja, melalui faedah tiga-dalam-satu iaitu kuasa, kegerakbalasan dan kecekapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply