ARKIB

KATEGORI

Buletin

PETRONAS raikan sambutan ulang tahun ke-25 Coffee Break sempena perayaan Tahun Baharu Cina

Berita Tempatan

Views

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) semalam telah meraikan ulang tahun ke-25 dengan menawarkan kopi, snek, pemeriksaan kesihatan dan kenderaan dan baucar diskaun secara percuma kepada pemandu sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Pemandu boleh berhenti di mana-mana 150 stesen PETRONAS yang mengambil bahagian dalam kempen ini di seluruh Malaysia dari 29 – 30 Januari dan dari 5 – 6 Februari untuk menikmati tawaran menarik serta berehat dan menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Timbalan Menteri Menteri Pengangkutan, YB Dato Henry Sum Agong berkata, bahawa Kempen Coffee Break PETRONAS adalah sejajar dengan misi Kementerian untuk menggalakkan pemanduan yang selamat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Kempen ini menawarkan pelbagai minuman, snek dan promosi dari rakan kempen. Sepanjang kempen ini, Bahagian Keselamatan Jalan Raya akan menjalankan program advokasi di lebih 50 stesen untuk berkongsi tip keselamatan jalan raya.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

St. John Ambulance Malaysia juga akan menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan tekanan darah dan glukosa di stesen-stesen terpilih.

Bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum perjalanan panjang, PDB juga bekerjasama dengan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd untuk menjalankan pemeriksaan motosikal secara percuma.

PETRONAS AutoExpert juga akan menawarkan pemeriksaan 18-titik secara percuma di 11 bengkelnya yang terletak di sekitar Lembah Klang dan 3 lagi di Negeri Sembilan untuk pelanggan yang membuat penukaran minyak enjin di sana.

Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran PETRONAS, Ahmad Adly Alias berkata, selama 25 tahun, pihaknya telah menjadi ‘rakan perjalanan dipercayai’ melalui hidangan kopi dan makanan ringan percuma serta memberi nasihat kepada mereka sepanjang kempen ini.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Nestlé Products Sdn Bhd terus menjadi rakan kongsi utama kempen, menyumbang Nescafé Dairy Free Oat dan Nescafé Latte Milk Tea. Tawaran lain untuk kempen ini termasuklah sumbangan Revive Salted Lemon oleh Etika Sdn Bhd dan gula-gula Dequadin oleh iNova Pharmaceuticals.

PDB juga akan menyumbangkan Mesra Chocolate Muffin. Selain itu, baucar diskaun bernilai RM50 juga akan diberikan sepanjang tempoh kempen.

Shopee Malaysia akan mengedarkan RM18 Ang Pow untuk pengguna baru serta pulangan tunai 10 peratus syiling untuk perbelanjaan minimum RM65, dihadkan pada 8,000 syiling, untuk pengguna sedia ada.

Grab juga akan memberikan diskaun 2 X RM10 untuk perkhidmatan GrabMart dengan perbelanjaan minimum RM30 untuk memudahkan membeli-belah pada musim perayaan.

PDB turut menawarkan RM18 Ang Pow yang terdiri daripada diskaun untuk Setel dan barangan berjenamanya, PRYSM.

Sempena ulang tahun ke-25 Kempen ini, PRYSM juga akan menawarkan baju T 8th F1 World Constructor’s Championship yang terbaru pada harga diskaun RM25.

Pemandu juga akan menerima Insurans Personal Accident secara percuma oleh AXXESS bernilai sehingga RM25,000 selama satu bulan (terma dan syarat dikenakan).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dato Henry Sum Agong

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply