ARKIB

KATEGORI

Buletin

PETRONAS Sprinta kini dengan UltraFlex™

Views

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) telah melancarkan PETRONAS Sprinta dengan UltraFlex™, rangkaian pelincir motosikal yang dirumuskan secara unik untuk mengatasi stres motosikal dan melanjutkan hayat enjin motosikal yang lebih lama. Rangkaian pelincir itu juga telah dilancarkan di India baru baru ini.

Berdasarkan ujian piawaian industri global terkini, PETRONAS Sprinta dengan UltraFlex™ mampu memberikan kekuatan lapisan minyak sehingga 41 peratus lebih tinggi daripada kadar piawai industri. Ciri ini membantu enjin menahan kesan-kesan beban, kelajuan dan stres enjin tanpa mengalami kerosakan di samping mempertingkat tindak balas motosikal. Selain itu, ia juga menawarkan kawalan mendapan enjin yang unggul, sekaligus mengekalkan kuasa motosikal dan prestasi penunggangan.

Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Zubair Abdul Razak berkata, “Populasi motosikal terkini Malaysia dianggarkan sebanyak 11.6 juta unit dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) sebanyak 4 peratus. Kajian mendapati bahawa 81 peratus pemilik motosikal di Malaysia menaiki motosikal mereka setiap hari, manakala 70 peratus pula bergantung sepenuhnya kepada motosikal untuk pergerakan harian mereka.”

Ini menyebabkan banyak stres pada enjin motosikal, walaupun hanya digunakan dalam perjalanan yang biasa.  Stres motosikal disebabkan oleh keadaan ricihan tinggi berpunca daripada stres mekanikal yang melampau serta suhu dalaman enjin yang boleh mencecah sehingga 33 peratus lebih tinggi daripada enjin kereta. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berlarutan, ia berpotensi mengakibatkan bunyi getaran dan motorsikal terasa berat.

Untuk mencapai visi supaya terus berkembang dengan bertunjangkan teknologi, pusat teknologi bernilai 60 juta dolar Amerika di Turin, Itali, yang bakal disiapkan pada hujung tahun ini. PETRONAS Sprinta dengan UltraFlex™ mula dijual sejak awal April tahun lalu dan ia boleh didapati di bengkel-bengkel rakan niaga PETRONAS yang sah, kedai-kedai Kedai Mesra, atau merujuk kepada mekanik-mekanik mereka untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

PETRONAS Sprinta With UltraFlex (1) PETRONAS Sprinta With UltraFlex (2)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Pusat teknologi bernilai 60 juta dolar Amerika di Turin, Itali milik penuh Petronas ke? atau usaha sama dengan mana-mana syarikat tempatan?

Leave a Reply