ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Petronas-TVS Moto Company jalin kerjasama, bentuk Petronas TVS Racing Team

Sukan Permotoran

Views

Petronas telah mencapai persetujuan dengan TVS Motor Company, pengeluar kenderaan dua dan tiga roda terkenal di India untuk menjadi rakan kongsi utama kepada pasukan pengeluar perlumbaan pertama India, TVS Racing.

Bernama melaporkan, dikenali sebagai Petronas TVS Racing Team, bakal menampilkan reka bentuk baharu pada jentera berkuat kuasa musim ini dan Petronas akan membekalkan minyak enjin berprestasi tinggi, Petronas Sprinta kepada pasukan pada perlumbaan motorsikal tempatan, supercross serta rali.

Perlumbaan berkenaan terdiri daripada Kejohanan Lumba Motosikal Kebangsaan India (INMRC), Kejohanan Supercross Kebangsaan India (INSC) dan Kejohanan Rali Kebangsaan India (INRC).

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Kerjasama itu dilengkapkan dengan pakatan perniagaan strategik dengan PETRONAS Lubricants International (PLI) untuk membangunkan jenama minyak bersama – PETRONAS TVS TRU4 RacePro – yang tersedia untuk pengguna di seluruh India bulan depan.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Pegawai Eksekutif Hiliran Petronas Datuk Sazali Hamzah berkata mereka berbangga untuk menyokong cita-cita TVS Racing kerana pelincir Petronas mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam acara sukan permotoran global.

Katanya, PETRONAS terus membuat kemajuan di seluruh rantaian nilai di India. Antara contoh peningkatan portfolio yang ketara termasuk membekalkan LPG melalui IndianOil PETRONAS Pvt. (IPPL), penyediaan panel solar atas bumbung melalui AmPlus Energy.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Pada masa sama, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata, pihaknya sangat bermotivasi dengan projek berkenaan kerana ia memberi mereka satu lagi paltform untuk menguji keupayaan dan mewujudkan kesedaran tentang jenama dan falsafah Petronas kepada peminat sukan permotoran di India.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TVS Motor Company KN Radhakrishnan berkata mereka sangat gembira mendapat Petronas sebagai rakan kongsi kerana syarikat minyak dan gas terkenal itu hadir dengan penyelesaian teknologi progresif, disokong oleh kemenangan ketara dalam perlumbaan terkemuka.

Beliau yakin kepakaran global Petronas dan kehadiran mantap dalam sukan permotoran digabungkan dengan warisan perlumbaan mantap TVS Racing selama empat dekad akan membawa mereka ke tahap lebih tinggi.

TVS Racing, perintis dalam membina sukan permotoran di India sejak 1982 telah menjadi penting dalam mengembangkan budaya prestasi perlumbaan di sana termasuk mewujudkan pelbagai platform tunggangan untuk peminat muda meneroka prestasi perlumbaan dalam persekitaran menyeronokkan dan selamat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PETRONAS MOTORSPORTS

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply