ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

PETRONAS Yamaha Sepang Racing bakal berentap dalam saingan MotoGP

Views

Sejarah baharu sukan permotoran Malaysia tercipta! Bermula musim depan, buat julung kalinya sebuah pasukan dari Malaysia bakal berentap di saingan kelas perdana MotoGP. Pengumuman tersebut dibuat oleh Litar Antrabangsa Sepang (SIC) yang akan bersama-sama dengan PETRONAS sebagai Rakan Utama untuk membentuk sebuah pasukan MotoGP yang dinamakan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.

Perjanjian ini akan bermula pada 2019 sehingga ke hujung tahun 2021. Dua pelumba yang bakal menggalas cabaran pasukan ini ialah rookie MotoGP, Franco Morbidelli dan pelumba Moto2, Fabio Quartararo. Mereka bakal menggunakan jentera lumba Yamaha YZR-M1 yang akan dihiasi dengan penjenamaan PETRONAS berikutan perjanjian antara SIC dan Yamaha Motor Co., Ltd.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Pengumuman tersebut dibuat semasa sidang media di British Grand Prix yang dihadiri oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Tan Sri Azman Yahya, Pengerusi Litar Antrabangsa Sepang, Carmello Ezpeleta, CEO Dorna, Kouichi Tsuji, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sukan Permotoran, Yamaha Motor Co. Ltd, dan Lin Jarvis, Pengarah Urusan, Yamaha Motor Racing Srl.

Menerusi kerjasama ini, PETRONAS akan memanfaatkan platform MotoGP untuk mempertingkatkan teknologinya dalam minyak pelincir motosikal. Syarikat tersebut telah berjaya dalam kerjasamanya dengan Mercedes AMG PETRONAS Motorsport yang telah muncul sebagai juara pengeluar Formula Satu selama empat tahun berturut-turut.

Kolaborasi ini juga bakal mengukuhkan lagi nama PETRONAS diperingkat global menerusi MotoGP, yang mempunyai 400 juta penonton di seluruh dunia selain 22 juta pengikut di platform media sosial. Selain itu, PETRONAS dan SIC melengkapkan keseluruhan barisan pasukan menerusi projek ini, setelah pasukan PETRONAS Sprinta Racing beraksi dalam kategori Moto2 dan Moto3.

Dalam acara yang sama juga, Litar Antarabangsa Sepang dan PETRONAS juga mengumumkan penyertaan Khairul Idham Pawi dalam kategori Moto2 dan John McPhee dalam saingan Moto3 dalam pasukan ini.

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu? 

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply