ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

PETUA : Cermin kereta berkabus ketika hujan? Tiga bahan ini boleh bantu anda!

Views

Alamak, hujan lebat lah! Cermin depan pulak berkabus, macam mana nak memandu ni? Langsung tak nampak jalan! Stress la macam ni. Pernah alami situasi macam ni tak? Dah banyak kali lap cermin pun masih berkabus lagi, macam mana nak buat ye? Meh sini Aki nak kasi petua. Ada tiga bahan yang memang kita selalu guna tapi macam tak percaya je boleh ‘settle’kan masalah ini.

Ubat Gigi

Yer! Ubat gigi. Selama ni kita guna dia untuk gosok gigi je kan? Tapi tak sangka pula boleh bantu hilangkan kabus pada cermin kereta. Kena pakai berus gigi ke masa nak gosok kat cermin? Tak payah, jangan nak mengada-ngada. Ambil jer ubat gigi tu dan sapu sampai rata pada pada bahagian dalam cermin kereta sahaja.

Syampu

Syampu pun boleh guna juga ke? Boleh, kalau takde syampu minyak rambut cecair yang lutsinar pun boleh, jangan bantai gosok dengan pomade sudah la.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Sapukan syampu atau minyak rambut pada cermin dan gosok dengan rata. Sikit je cukup.
  2. Lap dengan perlahan untuk menghilangkan kesan syampu atau minyak rambut pakai kertas surat khabar, tisu atau kain. Aki sarankan guna tisu.

Ubi Kentang

Ingat ubi kentang boleh buat jejari kentang atau letak dalam kari ayam je ke? Ini ubi lah. Ubi kentang selain dibuat makanan boleh juga digunakan untuk menghilangkan kabus pada cermin kereta anda.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Belah dua ubi kentang dan pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu.
  2. Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin kereta di sebelah dalam.
  3. Jika perlu gunakan baki yang separuh lagi ubi kentang tu.
  4. Dah siap gosok, jangan usik cermin tu, biarkan cermin tu kering dahulu. Kemudian, kalau ada sisa-sisa ubi kentang pada cermin, lap cermin itu dengan tisu kering.

Dengan cara-cara yang dinyatakan di atas, kabus pada cermin kereta anda hilang buat sementara waktu, bukan hilang buat selama-lamanya. Itu jelah petua yang Aki nak kongsi buat masa ni. Nak tahu menjadi ke tidak, cubalah yer! Kalau tak jadi jangan suluh Aki dengan lampu kabus belakang sudah la.

Dah tengok Episod ke-10 ENGEAR ke belum? Kalau belum boleh tonton video di bawah.

DS 5 HATCHBACK 2017 / KERETA KAPAL TERBANG - ENGEAR EP9

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply