ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petugas ambulans dan anggota polis cedera dirempuh pemandu Mercedes-Benz mabuk

Berita Tempatan

Views

Petugas ambulans dan anggota polis cedera akibat dilanggar ketika memberikan bantuan kecemasan dan mengawal lalu-lintas susulan satu kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), semalam. Menurut Harian Metro, dalam kejadian 12.40 tengah malam itu, kedua-dua petugas terbabit sedang memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, semasa anggota polis mengawal lalu-lintas, sebuah Mercedes-Benz bergesel dengan sebuah Proton Saga menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan melanggar kereta peronda polis.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di lorong paling kanan dari arah Ampang menghala ke Gombak. Ketika kejadian, kereta peronda polis berada di lorong kanan kerana sedang memberikan bantuan kecemasan kepada penunggang motosikal yang kemalangan.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu, kereta peronda polis itu menggelongsor ke hadapan dan melanggar ambulans dan sebuah motosikal anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Kemalangan itu menyebabkan seorang anggota BSPT, seorang petugas ambulans serta seorang penunggang motosikal cedera dan mereka dikejarkan ke Hospital Ampang bagi menerima rawatan. Ujian alkohol ke atas pemandu Mercedes mendapati ia melebihi paras dibenarkan, namun ujian saringan air kencing mendapati negatif penggunaan dadah.

Katanya, susulan itu pemandu berusia 48 tahun ditahan dan direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis turut memohon saksi bebas yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nurul Faizah Ismail di talian 019-2863481.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply