ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petugas barisan hadapan dapat baucar tunai RM1,500 untuk pembelian KTM Duke 250

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik untuk semua petugas barisan hadapan (frontliners)! Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, KTM Malaysia menawarkan satu program khas untuk barisan hadapan iaitu kempen baucar tunai RM1,500 untuk pembelian motosikal KTM Duke 250.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Kempen ini akan bermula dari 1 Jun 2020 untuk tempoh masa yang terhad sahaja! Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap semua usaha petugas barisan hadapan dalam membendung pandemik COVID-19. Ini merupakan peluang baik untuk wira-wira negara memiliki model KTM Duke 250 yang bernilai RM20,500 (harga jualan asas) dengan baucar tunai yang hebat!

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Jika anda merupakan petugas barisan hadapan dan tergolong dalam kumpulan-kumpulan ini, iaitu:

  • Anggota Polis (tetap/ sementara)
  • Tentera
  • Kakitangan kesihatan
  • Rela
  • Bomba
  • Penghantar makanan (food rider)
  • Kakitangan kedai runcit dan pasar raya
  • Kakitangan farmasi

Anda cuma perlu mendaftar dengan menekan SIGN UP dan mengisi butiran anda di dalam Google Form yang disediakan menerusi pautan ini. Pihak KTM Malaysia akan menghubungi anda dengan segera selepas cuti Aidilfitri nanti. Jangan tunggu lagi, bertindak segera!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KTM Malaysia

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply