ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peugeot Malaysia lancar promosi penyelenggaraan percuma selama 5 tahun – Bermula 1 September, untuk tempoh terhad sahaja

Berita Tempatan

Views

Peugeot Malaysia kini sedang mengadakan promosi penyelenggaraan percuma selama 5 tahun, bermula dari 1 September 2024.

Promosi ini terpakai kepada semua model dan varian keluaran Peugeot, termasuklah model baharu 408, 2008, 3008, 5008, dan juga trak pikap Landtrek.

Pelanggan yang mendaftar kenderaan Peugeot mereka mulai dari 1 September layak menikmati promosi penyelenggaraan percuma selama 5 tahun ini yang merangkumi kos alat ganti untuk 10 kali servis dalam tempoh lima tahun.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Jadual penyelenggaraan adalah berdasarkan selang servis setiap 10,000 kilometer atau setiap enam bulan, yang mana terdahulu. Pelanggan hanya perlu menanggung kos upah yang berkaitan dengan setiap servis.

Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais berkata, promosi penyelenggaraan percuma selama 5 tahun ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan Peugeot.

Tambah beliau, penjimatan ini, bersama dengan jaminan lanjutan penuh selama 7 tahun, pastinya memberi ketenangan kepada pemilik baharu Peugeot untuk tempoh yang lebih lama.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Tawaran istimewa ini tersedia di semua pengedar sah Peugeot di seluruh negara dan hanya untuk tempoh yang terhad sahaja.

Semua kenderaan Peugeot baharu didatangkan dengan jaminan 7 tahun atau 200,000km, yang mana terdahulu sebagai pakej standard.

Ia terdiri daripada jaminan pengeluar selama 3 tahun dan tambahan jaminan lanjutan 4 tahun yang mencerminkan jaminan pengeluar, dan i bermakna pelanggan akan menikmati perlindungan penuh yang sama sepanjang tempoh tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah Peugeot berhampiran atau layari laman sesawang rasmi Peugeot Malaysia di www.peugeot.com.my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply