ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP 2.0 – Jualan Proton menguncup

Info

Views

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilihat telah mendatangkan kesan kepada pelbagai industri, tidak terkecuali automotif. Jumlah jualan industri pada bulan Januari dianggarkan berada sedikit di atas paras 32,000 unit, sepadan dengan penurunan jumlah yang besar bagi kebanyakan pemain utama.

Proton berjaya menjual  sebanyak 5,964 unit, sekali gus berada ditangga kedua. Jumlah itu walaubagaimanapun menguncup sebanyak 29.9 peratus berbanding dengan bulan Januari 2020 manakala pegangan pasaran diaggarkan pada tahap 18.5 peratus, turun sebanyak 1.0 peratus.

JOM BACA >> ATM bakal peroleh ‘Humvee’ buatan Malaysia dari Cendana Auto?

Namun, kadar jualan mencerminkan ketidakbolehan pengeluaran kenderaan untuk memenuhi permintaan dan bukannya pengurangan dari jumlah tempahan. Proton telah berjaya menyerahkan sebanyak 2,583 unit Saga pada bulan Januari dan ini menjadikannya sedan segmen-A kedua terlaris di pasaran,

X70 dan X50 pula kekal di tangga teratas SUV segmen-C dan SUV segmen-B (lima tempat duduk) meskipun jumlah yang didaftar berkurangan kepada 892 unit dan 1,082 unit. Bagi X50, sebanyak 4,809 unit telah diserahkan sejak ia dilancarkan pada 27 Oktober tahun lalu.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Model lain seperti Persona pula telah berjaya menduduki tangga kedua pada kategori sedan segmen-B manakala Exora kekal sebagai MPV segmen-C paling popular. Iriz pula mengakhiri bulan Januari di tangga ketiga bagi kategori hatchback segmen-B.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdulah, berkata PKP telah mengurangkan jumlah pelanggan yang datang ke bilik pameran, namun tempahan boleh dibuat secara dalam talian. Sungguhpun begitu, rantaian bekalan mereka telah terjejas sejak beberapa bulan lepas dan ia telah melengahkan proses untuk memasang kenderaan kerana bekalan komponen tidak konsisten.

Tambahnya, Proton berhasrat untuk meneruskan rancangan pelancaran produknya untuk tahun 2021 dalam usaha untuk meningkatkan penjualan di dalam dan luar negara. Katanya lagi, Proton dijangka melancarkan beberapa produk tahun ini manakala X50 akan terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran selain menerima faedah jualan selama setahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply