ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP 2.0 – Semua pengedar sah dan pusat servis Volkswagen beroperasi seperti biasa

Berita Tempatan

Views

Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri mengenai pelaksaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VCPM) mengesahkan bahawa semua pengedar sah dan pusat servis Volkswagen di seluruh negara terus beroperasi.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Volkswagen akan memastikan tahap kebersihan yang ketat dilaksanakan di semua pengedarnya dan ini termasuklah sanitasi di premis dan kenderaan, pemeriksaan keselamatan yang teratur, daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera serta pemeriksaan suhu.

Bilik pameran dalam talian, Volkswagen eShowroom turut dibuka 24 jam. Ia menawarkan penjimatan dalam talian yang eksklusif bersama rebat Tahun Baru Cina. Perkhidmatan penghantaran ke rumah dalam radius 20km dari pengedar yang dipilih pelanggan juga adalah percuma.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Bagi pemilik kenderaan, semua pusat servis Volkswagen di seluruh negara mematuhi garis panduan inisiatif ‘Safe Hands’ yang ketat. Ini merangkumi penerimaan kenderaan tanpa sentuhan, taklimat video, sanitasi sebelum dan selepas servis, bayaran nirtunai menerusi e-invois serta pengambilan kenderaan tanpa sentuhan. Para pemilik dinasihatkan supaya menempah slot servis mereka secara dalam talian.

Perkhidmatan Bantuan Pinggir Jalan juga terus beroperasi. Sekiranya ada kecemasan, hubungi talian bebas tol 1800-88-2389. Pasukan Volkswagen Customer Care juga boleh dihubungi di talian bebas tol 1-800-18-8947 atau menerusi mesej langsung di saluran media sosial Volkswagen. Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply