ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP di enam daerah di Selangor – SOP Aidilfitri diumumkan

Berita Tempatan

Views

Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19. Berita Harian melaporkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.

Katanya, tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB). Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah.

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

Beliau turut mengumumkan aktiviti kunjung-mengunjung sempena sambutan Aidilfitri dibenarkan di kawasan PKP tetapi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan. Katanya, tempoh masa dan jumlah pengunjung berbeza di kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Jelas beliau, bagi kawasan PKP, ianya dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tidak melebih 15 orang pada satu masa mengikut saiz rumah dan mematuhi penjarakan fizikal. Bagi kawasan PKPB dan PKPP pula, ziarah hari raya dibenarkan iaitu pada 1 sehingga 3 Syawal.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Di kawasan PKPB kehadiran dihadkan kepada 20 orang bagi satu masa manakala di kawasan PKPP kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang bergantung kepada saiz rumah dan ada penjarakan fizikal. Bagaimanapun, bagi kawasan PKP Diperketatkan (PKPD), kerajaan tidak membenarkan pengunjung luar dan sambutan tertakluk ahli keluarga dalam rumah itu sahaja.

Kerajaan juga membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau dalam kawasan PKP, PKPB dan PKPP, manakala solat Hari Raya di masjid dan surau di kawasan PKPD tidak dibenarkan. Aktiviti ziarah kubur sempena sambutan Aidilfitri juga dibenarkan namun hanya di kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat, had pengunjung tidak melebihi enam orang bagi satu lot atau petak kubur serta tidak melebihi 30 minit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply