ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP di enam negeri mulai Rabu hingga 26 Januari 2021

Berita Tempatan

Views

Menerusi Perutusan Khas berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP di beberapa enam buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan juga Melaka bermula dari 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Selain itu 6 buah negeri lagi akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Kedah manakala Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan di negeri Perlis dan Sarawak.

Keputusan terpaksa diambil oleh kerajaan bagi membendung kadar jangkitan COVID-19 yang kini mencecah 4 digit setiap hari. Ini turut menyebabkan fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Sehubungan dengan itu, pergerakan merentas daerah dan juga negeri tidak dibenarkan untuk negeri yang dikenakan PKP, manakala hanya pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan negeri yang dikenakan PKPB. Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021.

Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan adalah terhad di dalam lingkungan 10 kilometer sahaja. Perintah Kawalan Pergerakan dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. PKP telah bermula sejak 18 Mac 2020 dan telah digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021 di seluruh negara bagi membendung penularan wabak COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply