ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP di seluruh Kelantan dan tiga daerah di Sarawak mulai esok

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, seluruh negeri Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok hingga 26 Januari, manakala tiga daerah di Sarawak turut dikenakan PKP iaitu Sibu, Selangau dan Kanowit bermula esok hingga 29 Januari.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat peningkatan kes COVID-19 di Kelantan serta tiga daerah di Sarawak.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Kata beliau, sejak 10 Januari, purata kes harian di Kelantan meningkat antara 80 hingga 100 kes malah kes aktif turut meningkat secara mendadak dalam tempoh 14 hari. Tambahnya, jajahan Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah kini zon merah manakala Pasir Puteh dan Pasir Mas zon kuning manakala Jeli zon jingga.

Beliau berkata semua prosedur operasi standard (SOP) PKP yang diumumkan sebelum ini terpakai di Kelantan dan tiga daerah di Sarawak antaranya hanya dua wakil isi rumah dibenar keluar untuk mendapatkan barangan keperluan.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Ismail Sabri berkata, KKM turut melaporkan berlaku peningkatan kes secara mendadak yang melibatkan kluster dalam komuniti di seluruh negeri itu ketika ini. Beliau berkata, sehingga semalam secara kumulatif sebanyak 1,649 kes positif direkodkan di Kelantan.

Di Sarawak, beliau menjelaskan sejak 31 Disember 2020 hingga 13 Januari 2021, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh 14 hari iaitu daripada dua kepada 251 kes. Beliau berkata, kebanyakan kes adalah dari Kluster Pasai di Sibu dan Mukah yang merekodkan sejumlah 394 kes daripada jumlah kes secara keseluruhan.

Katanya lagi, kluster ini melibatkan 18 rumah panjang yang bertaburan di seluruh bahagian Sibu, justeru KKM menasihatkan agar PKP dilaksanakan di tiga daerah itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply