ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP : Kilang automotif tidak dibenarkan beroperasi

Berita Tempatan

Views

Kurang 24-jam selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan senarai aktiviti sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi di negeri-negeri yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti pengilangan automotif yang pada mulanya tersenarai telah dikeluarkan dari senarai tersebut pagi tadi.

Menurut Perkara A (2) dalam Lampiran Senarai Perkhidmatan bagi bahagian Sektor Pengilangan dan Pembuatan (Automotif), hanya pembaikan dan penyelenggaraan sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi di kawasan PKP. Ini bermakna kilang-kilang automotif di negeri yang dikuatkuasakan PKP, sebagai contoh Proton dan Toyota di Shah Alam dan Perodua di Rawang, Selangor serta Honda di Pegoh, Melaka tidak boleh beroperasi sehingga 26 Januari nanti.

Secara tidak langsung, pindaan ini bakal menambahkan lagi tempoh menunggu kepada para pelanggan. Ia juga memberi kesan kepada rantaian bekalan komponen kenderaan kerana kilang-kilang vendor yang berada dalam kawasan PKP juga terpaksa ditutup.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Walaubagaimanapun, kilang-kilang automotif di negeri yang dikuatkuasakan PKPB seperti Proton di Tanjung Malim, Perak, Volkswagen, Mitsubishi, Isuzu dan Hicom di Pekan, Pahang, serta Inokom di Kulim, Naza dan juga Modenas di Gurun, Kedah masih boleh beroperasi.

Sekiranya PKP berterusan ke satu jangka masa yang lebih panjang, kami menjangkakan mungkin akan berlaku penundaan tarikh pelancaran beberapa model baharu yang dirancang pada tahun ini, antaranya Perodua D55L dan juga Proton Iriz dan Persona MC serta Iriz versi crossover kerana kilang enjinnya terletak di Shah Alam yang dikenakan PKP.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply