ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKPB : Boleh duduk di depan atau belakang asalkan tidak lebih dua orang di dalam satu kenderaan

Berita Tempatan

Views

Semasa sidang media harian berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada ketetapan dibuat kerajaan bagi penumpang untuk duduk di bahagian depan atau belakang asalkan tidak melebihi dua orang di dalam satu kenderaan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menurut Harian Metro, beliau telah menghubungi pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman bagi mendapatkan kepastian mengenai satu video tular yang berniat jahat kononnya pemandu disaman kerana membenarkan penumpang duduk di bahagian depan kenderaan.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Ismail Sabri berkata, individu berkenaan disaman kerana menggunakan telefon pintar ketika memandu dan bukannya dikompaun. Tambah beliau, pihaknya sudah meminta polis untuk mengambil tindakan. Terdahulu, polis Melaka membuat laporan berhubung video tular dimuat naik pemilik akaun Facebook Eric Chia yang didakwa mengelirukan dan mencalarkan imej PDRM.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Hasan Basri dilaporkan berkata, video berdurasi 30 saat itu tular sejak semalam dengan maklumat yang diputar belit sehingga mencetuskan kemarahan warganet terhadap PDRM. Video memaparkan seorang pemandu lelaki mempertikaikan tindakan anggota polis yang mengeluarkan saman terhadapnya dalam sekatan jalan raya di Jalan Dato Md Zain pada pukul 11.08 pagi kelmarin.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Majlis Keselamatan Negara

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply