ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKPB – Tiket bas ke Kelantan ‘terlajak laris’

Berita Tempatan

Views

Selang beberapa jam selepas pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir kebanyakan negeri, penjualan tiket bas ke Kelantan laris kerana masing-masing mahu pulang ke kampung halaman.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Menurut Berita Harian, kebanyakan bas dari semua negeri sejak malam tadi dikatakan, penuh sehingga pagi ini sebelum PKPB berkuatkuasa tengah malam nanti. Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail, berkata hampir kebanyakan bas terutama dari Perak, Johor, Penang penuh sejak malam tadi hingga pagi ini.

Katanya, kebanyakan bas mendapat sambutan di negeri yang baru dilaksanakan PKPB manakala sambutan di Lembah Klang masih sama kerana negeri berkenaan sudah menjalani PKPB dan memerlukan surat. Tambah beliau, sambutan diterima agak menggalakkan dan kita percaya mereka mahu pulang sebelum pelaksanaan PKPB mulai tengah malam ini.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Sementara itu, ejen penjualan tiket bas, Izani Zakaria, 38, berkata sambutan terhadap penjualan tiket bas sangat menggalakkan sejak malam tadi. Menurut Izani, sejak malam tadi bas penuh pulang ke Kelantan sehingga pagi ini.

Ramai orang mengambil kesempatan kerana selepas ini tidak boleh lagi merentas negeri. Tambahnya lagi, sejak PKPB di Lembah Klang, penjualan tiket bas agak perlahan sehinggalah pengumuman PKPB petang semalam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply