ARKIB

KATEGORI

Buletin

Plaza Tol Sedenak ditutup sementara – PLUS sahkan seorang kakitangan positif COVID-19

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media hari ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa seorang kakitangannya di Plaza Tol Sedenak, Johor telah disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 1 Disember 2020. Kakitangan tersebut, seorang Pembantu Khidmat Pelanggan, kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

PLUS juga telah menjalankan pengesanan kontak dan mengarahkan semua kakitangan operasi dan penyelenggaraan di plaza tol terbabit supaya mengadakan pemeriksaan dan saringan kesihatan. Pada masa yang sama, PLUS memberi jaminan bahawa kerja-kerja nyahkuman dan pembersihan akan diadakan di plaza tol terbabit.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Sehubungan dengan itu, Plaza Tol Sedenak akan ditutup sementara mulai jam 12:00 tengahari pada 2 Disember (Rabu) untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan selama 6 jam. Oleh itu, orang ramai dari Sedenak dan kawasan sekitar yang ingin menuju ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru boleh memasuki lebuh raya PLUS menerusi Plaza Tol Simpang Renggam atau Kulai sepanjang tempoh penutupan tersebut.

Sementara itu, bagi pelanggan dari Kuala Lumpur yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Simpang Renggam, manakala bagi pelanggan dari Johor Bahru yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Kulai. PLUS akan memaklumkan sebarang perubahan dari masa ke masa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PLUS Malaysia

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply