PLUS Expressway Berhad akan menambah 12 lorong teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) selewat-lewatnya pertengahan April ini sebagai permulaan susulan rungutan pengguna lebuh raya berhubung kekurangan lorong berkenaan yang menyebabkan kesesakan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dicapai hasil pertemuan beliau dengan wakil dari kumpulan Touch ‘n Go Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS Malaysia pagi ini bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai isu kesesakan di plaza tol yang menggunakan RFID seperti diutarakan pengguna lebuh raya.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
Jelas beliau, berdasarkan rungutan yang banyak diterima, rata-rata pengguna transaksi ini mengeluh mengenai kekurangan laluan transaksi RFID yang menyebabkan kesesakan teruk di plaza tol.
Tambahnya, isu keselamatan juga turut dibangkitkan di mana pengguna jalan raya mempersoalkan kedudukan laluan RFID di plaza tol yang berubah-ubah yang telah menyebabkan kemalangan.
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
Dalam pertemuan ini, beliau sudah mengarahkan tindakan diambil secepat mungkin yang menjurus kepada penyelesaian masalah di samping memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
Sistem RFID menggunakan cip frekuensi radio yang terkandung dalam satu pelekat yang ditampal pada sesebuah kenderaan dan akan menggantikan peranan peranti tag pintar (SmartTAG).
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
KOMEN TERKINI