ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS keluarkan TTA sempena perayaan Tahun Baharu Cina

Berita Tempatan

Views

Sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan jumlah trafik daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta buah kenderaan bermula 28 Januari 2022 sehingga 6 Februari 2022 ini.

Oleh itu, PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan dan panduan buat orang ramai dalam merancang perjalanan mereka.

Orang ramai yang akan bergerak meninggalkan Lembah Klang untuk ke destinasi-destinasi di utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak serta Johor di selatan disarankan supaya mula memasuki lebuh raya sebelum jam 10:00 pagi.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Untuk ke destinasi-destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang, orang ramai dinasihatkan supaya mula memasuki lebuh raya selepas jam 1:00 tengahari.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi menggalakkan orang ramai supaya dapat merancang perjalanan mereka berpandukan kepada TTA.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan ketika berhenti rehat di R&R dan hentian sebelah di sepanjang lebuh raya.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Pada ketika ini, pendaftaran menerusi MySejahtera masih lagi dikuatkuasakan dan hanya mereka yang telah lengkap divaksin dibenarkan untuk makan di ruang makan di R&R.

Pada masa yang sama, pasukan PLUSRonda sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada pengguna lebuh raya dan boleh dihubungi menerusi talian PLUSLine 1800 88 0000 yang beroperasi 24-jam setiap hari.

Bagi memastikan kelancaran perjalanan di lebuh raya, sila pastikan baki kad Touch ‘n Go dan baki eWallet RFID Touch ‘n Go sentiasa mencukupi.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan mengikuti Twitter PLUSTrafik dan Chatbot PUTRI serta aplikasi Waze ataupun GoogleMap.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply