ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS lanjut bantuan kepada peniaga R&R selama tiga bulan

Berita Tempatan

Views

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) melanjutkan bantuan selama tiga bulan termasuk pengurangan sewa bulanan kepada kepada semua pengendali perniagaan di kawasan rehat dan rawat (R&R), bermula Ogos hingga Oktober ini.

Menurut Berita Harian, bantuan itu akan turut dinikmati oleh pengendali perniagaan sementara. Malah, semua rakan niaga di R&R Gelang Patah (Arah Utara dan Selatan) akan menerima pengecualian sewa bulanan susulan penutupan sementara sempadan Malaysia-Singapura.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Dalam satu kenyataan, operator lebuh raya itu berkata, ia turut melanjutkan pengecualian sewa bulanan selama dua minggu kepada rakan niaga yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor.

Pada masa yang sama, PLUS juga sedang meneliti cadangan pembayaran secara berkala serta pengecualian caj bayaran lewat untuk rakan niaganya, termasuk pengusaha tempatan R&R di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Terengganu.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurut PLUS, ia telah memberikan bantuan pengurangan sewa kepada pengendali perniagaan sejak tahun lalu berikutan impak sekatan perjalanan rentas negeri.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid, berkata pihaknya telah membantu pengendali perniagaan di R&R secara konsisten sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pertama pada Mac 2020.

Ujar beliau, pihaknya sudah menganjurkan pelbagai program latihan dalam talian dan meningkatkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan kebolehan rakan niaga mengadaptasi perniagaan mereka demi mendepani cabaran perniagaan disebabkan COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply