ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS nafi dakwaan R&R Tapah lokasi wabak Chikugunya

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin menjelaskan bahawa R&R Tapah di kedua-dua arah adalah selamat untuk dikunjungi dan bebas dari wabak Chikugunya. Ini berikutan tularnya mesej menerusi aplikasi Whatsapp yang mendakwa kawasan hentian tersebut berisiko wabak Chikugunya.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

PLUS sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek kesihatan dan keselamatan pengguna lebuh raya, selaras dengan matlamat utamanya iaitu “menjaga pelanggan sepanjang perjalanan.” Oleh itu, PLUS sentiasa berusaha memastikan persekitaran di lebuh raya dan kemudahan yang disediakan adalah selamat.

Untuk makluman, kerja-kerja penyelengaraan dan pembersihan menyeluruh secara berjadual sentiasa dilaksanakan untuk memastikan R&R sentiasa berada pada tahap yang terbaik untuk semua pelanggan lebuh raya. Berdasarkan rekod, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan menyeluruh berjadual yang terkini bagi R&R Tapah (Arah Utara & Selatan) telah dilaksanakan pada 12 dan 13 November lalu.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Kerja-kerja penyelengaraan dan pembersihan menyeluruh berjadual ini dilaksanakan setiap bulan dan turut merangkumi kawalan serangga perosak, kerja-kerja pengasapan dan juga pembersihan bersepadu bersama para pengusaha dan pengendali gerai kawasan gerai makanan dan minuman.

Orang ramai yang mengunjungi kawasan berhampiran dinasihatkan untuk berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang untuk mendapat maklumat rasmi mengenai pengisytiharan lokasi kes wabak Chikugunya yang terkini. Pihak PLUS juga sentiasa berhubung dan memberi kerjasama rapat dengan Pejabat Kesihatan Daerah terbabit dalam memastikan kemudahan R&R Tapah adalah bebas dan selamat dari wabak penyakit yang berbahaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply