ARKIB

KATEGORI

Buletin

Plybertruck – Cybertruck ‘copy ori’ versi badan kayu

Berita Global

Views

Tesla Cybertruck telah menjadi fenomena dan bualan para peminat automotif seantero dunia kerana rekaannya yang radikal dan kontroversi. Mungkin ini juga faktor yang mendorong seorang lelaki bernama CJ Cromwell untuk menghasilkan replika Cybertruck buatan sendiri yang badannya dibina dengan menggunakan kepingan papan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Dikenali sebagai “Plybertruck”, versi ‘copy ori’ Cybertruck mula mendapat perhatian warganet di Reddit dan pelbagai gelaran yang lucu diberikan pada trak pikap kayu itu, antaranya “Cedartruck”, “Cyberchuck” dan “Model Tree”.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Sebenarnya, Plybertruck ini dibina untuk bersaing dalam saingan Rali Gambler 500. Acara ini merupakan saingan rali 500 batu (805km) di mana harga pembelian asas kenderaan para peserta hanya dihadkan sehingga $500 (RM2,097) sahaja.

Walaubagaimanapun, pihak penganjur tidak menetapkan had perbelanjaan kepada peserta untuk mengubahsuai kenderaan mereka selepas itu. Model kenderaan yang menjadi asas kepada badan kayu Plybertruck adalah generasi pertama Acura MDX dan sudah pastinya ia bukanlah sebuah kenderaan elektrik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply