ARKIB

KATEGORI

Buletin

PM lancar pembinaan stesen pertama ECRL

Berita Tempatan

Views

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah melancarkan pembinaan stesen pertama Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) iaitu Stesen ECRL Kota Bharu.

Terletak atas kawasan seluas 50.41 ekar di Bandar Baru Tunjong, reka bentuk stesen ini diinspirasikan dari “Rumah Meleh Melayu Kelantan” dan bunga ketam guri serta menggunakan ciri-ciri unik kebudayaan negeri itu.

Stesen ECRL Kota Bharu, yang dibina untuk kegunaan penumpang, akan melibatkan platform bertingkat dan bakal dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat letak kereta, lokasi pick-up dan drop-off, laluan pejalan kaki berbumbung, kuarters pekerja serta kawasan lanskap.

Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pembinaan stesen ini dijangka siap pada Disember 2026.

Tan Sri Zuki juga berkata, rangkaian ECRL sepanjang 665 kilometer akan mempunyai jumlah 20 buah stesen, iaitu 10 stesen penumpang dan 10 stesen gabungan penumpang dan kargo.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Majlis pelancaran pada hari ini turut menyaksikan penganugerahan sijil ‘Sustainable INFRASTAR‘ dengan penarafan 5 Bintang oleh Construction Research Institute of Malaysia (anak syarikat CIDB Malaysia) kepada MRL dan CCCC.

Ia bagi mengiktiraf reka bentuk laluan ECRL sebagai sebuah infrastruktur yang mampan dan telah mengamalkan ciri-ciri terbaik persekitaran dan sosial.

Sementara itu, acara hari ini juga menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara MRL, CCCC dan tiga institusi pendidikan untuk Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL).

Institusi-institusi yang terlibat adalah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT).

Objektif MoU ini adalah untuk mendapatkan perkhidmatan dan kepakaran daripada institusi-institusi pendidikan sepanjang pelaksanaan program PLKI-ECRL.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ia juga melibatkan kerjasama dalam menyediakan latihan dan pendidikan serta mengeratkan hubungan antara peserta-peserta program.

Program ini akan turut menawarkan peluang kepada seramai 3,200 pelatih yang terdiri daripada anak muda tempatan untuk menyertai fasa pengoperasian ECRL kelak.

Pertukaran dokumen MoU juga disempurnakan antara MRL dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam kerjasama untuk mengukuh dan mempromosi latihan kerjasama industri serta dalam penyelidikan, perkongsian pengetahuan dan pembangunan modan insan.

Projek ECRL yang merentasi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor telah mencatat kemajuan keseluruhan sebanyak 43 peratus setakat April 2023.

Dengan lebih 1,200 tapak pembinaan di sepanjang jajaran, tahun 2023 merupakan kemuncak pembinaan Projek ECRL yang didorong oleh kerja-kerja terowong, pemasangan rasuk jejambat, kerja-kerja jajaran atas tanah, dan pembinaan stesen-stesen serta akan disusuli pemasangan landasan kereta api.

Rangkaian ECRL sepanjang 665-kilometer akan bermula di Kota Bharu dan tamat di Pelabuhan Klang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply