ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis akan perbanyakkan SJR sepanjang RX-Z Members 6.0

Berita Tempatan

Views

Polis akan menambah sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini sepanjang penganjuran RX-Z Members 6.0 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 13 dan 14 September ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan peserta mematuhi undang-undang ditetapkan seterusnya menjaga ketenteraman awam.

Beliau berkata, pihaknya tidak menggunakan istilah ‘pukat’ namun akan mengadakan SJR rutin dan tugasan penguatkuasaan undang-undang seperti yang termaktub.

Katanya, rondaan akan dijalankan di setiap daerah pada waktu siang dan malam terutama di kawasan-kawasan perumahan manakala SJR hanya akan dibuat di lokasi berbeza di bandar Kuala Terengganu.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

“Seramai 101 pegawai dan anggota polis serta 50 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan sepanjang program berkenaan

Dianggarkan program itu menerima 80,000 penyertaan dari seluruh negara dan penugasan serta perancangan adalah demi memastikan aliran trafik dan keselamatan di tapak program berjalan lancar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Ketika ditanya sekiranya akan berlaku lagi ‘pukat’ seperti tahun lalu, Mohd Khairi memberi jaminan ia tidak akan berulang namun berharap semua peserta dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Namun SJR di kawasan-kawasan ‘hot spot‘ akan dilakukan,” katanya. Tambah Mohd Khairi lagi, polis akan menutup jalan utama di Litar Permotoran Terengganu sepanjang tempoh berkenaan dengan hanya motosikal sahaja dibenarkan masuk bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan menjaga ketenteraman awam sepanjang program.

Katanya, mengulas mengenai statistik kemalangan RX-Z Member 5.0, sebanyak empat kemalangan direkodkan iaitu tiga di daerah Kemaman dan satu di Hulu Terengganu.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

“Sepanjang tempoh itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ( JSPT) Terengganu menjalankan Op Khas Motosikal dengan sebanyak 292 keping saman dikeluarkan.

“Dalam tempoh sama, JPJ Terengganu turut mengeluarkan sebanyak 311 keping saman membabitkan pelbagai jenis kesalahan serta menyita sebanyak 111 buah motosikal,” katanya.

Mohd Khairi berkata, peserta diminta mematuhi peraturan seperti memastikan nombor pendaftaran kenderaan mengikut piawaian yang ditetapkan selain ekzos kenderaan tidak diubah suai dan setiap kenderaan perlu berhenti di sekatan jalan raya untuk pemeriksaan pihak berkuasa.

Katanya, kenderaan yang tiada perlindungan insurans, cukai jalan tamat tempoh, pemandu tidak mempunyai lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh adalah tidak dibenarkan memandu dan menyertai program ini.

“Saya mengalu-alukan kehadiran peserta RX-Z Member 6.0 ke Terengganu namun semua peserta diingatkan untuk mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan,” katanya – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TRDI.my

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply