ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis berkas suspek kes samun pemandu e-hailing, siap potong rambut untuk elak dicam

Berita Tempatan

Views

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menyamun pemandu e-hailing dalam tempoh kurang 24 jam kejadian jenayah itu walaupun suspek memotong rambutnya untuk mengelak wajahnya dicam pihak berkuasa.

MalaysiaGazette melaporkan, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian samun melarikan sebuah kenderaan di Jalan Sentul Pasar, pada jam 2.08 petang semalam.

Hasil siasatan mendapati, mangsa yang juga merupakan seorang anggota Rela berumur 47 tahun telah mengambil suspek di Putrajaya dengan menggunakan aplikasi In Driver.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Setelah sampai ke destinasi di Sentul Pasar, mangsa telah memberitahu suspek jumlah tambang yang perlu dibayar namun suspek meminta akaun milik mangsa kerana mahu membuat pembayaran tambang secara atas talian.

Semasa mangsa sedang mencari nombor akaun miliknya, secara tiba-tiba suspek telah bertindak menikam mangsa menggunakan objek tajam di bahagian leher mangsa.

Tambah beliau, berikutan itu suspek menarik mangsa keluar dari keretanya sebelum melarikan kenderaan jenis Proton Saga bersama beberapa barangan peribadinya. Menurut Eng Lai, mangsa di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Katanya, bertindak atas siasatan dan risikan, polis menangkap suspek warga tempatan berusia 23 tahun di sebuah bengkel mencuci kereta di Kota Damansara pada jam 12 tengah hari ketika cuba mencuci kesan darah mangsa yang terlekat pada tempat duduk dan stering kenderaan yang dilarikannya itu.

Bagaimanapun, tambah beliau, nombor plat kenderaan itu telah dibuang. Suspek yang ditangkap tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau dan pihak polis turut merampas kereta yang telah dilarikan oleh suspek samun.

Polis juga menemui beberapa barangan termasuk senjata sebilah pisau dipercayai telah digunakan oleh suspek untuk mencederakan mangsa, beg silang milik mangsa, seberkas kunci kereta, lesen memandu, pasport serta kad pelantikan anggota Rela milik mangsa dan beberapa keping kad bank.

Eng Lai berkata, suspek akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah esok bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit POLIS Sentul

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply