ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis cari guru sekolah memandu tunjuk kemaluan dalam kereta

Berita Tempatan

Views

Tindakan tidak senonoh seorang guru sekolah memandu yang menunjukkan kemaluan kepada pelajarnya mengundang padah apabila dia kini diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu telah dikatakan melakukan perbuatan terkutuk tersebut di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva pada Ahad.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Katanya, kejadian itu berlaku selepas suspek selesai menghantar dua pelajar lain menjalani ujian memandu di Bachok. Ketika itu mangsa yang berusia 27 tahun berada di tempat duduk hadapan kereta yang dipandu suspek.

Menurutnya, sewaktu dalam perjalanan menghantar mangsa, suspek dikatakan telah membuka zip seluar sebelum mengeluarkan alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada mangsa. Beliau berkata, terkejut dengan situasi itu, mangsa terus menghubungi ibu saudara agar segera mengambilnya.

Katanya, mangsa juga mengarahkan suspek memberhentikan kereta, namun tidak diendahkan sehingga memaksa wanita itu bertindak membuka pintu sewaktu kereta sedang bergerak.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Mohd Azmir berkata, suspek akhirnya memberhentikan kereta sebelum mangsa keluar dan melarikan diri ke kawasan rumah penduduk setempat untuk meminta bantuan.

Suspek dipercayai melarikan diri selepas mangsa yang merupakan seorang peniaga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh selepas kejadian.

Menurutnya, polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply