ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis cari individu persenda dan salah guna kemudahan khas OKU

Berita Tempatan

Views

Polis mengesan empat individu yang didakwa mempersenda dan menyalahgunakan kemudahan khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dalam dua klip video yang dimuat naik menerusi media sosial.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, beliau menerima laporan daripada seorang wanita selepas pengadu menonton klip video berkenaan semasa berada di bangunan Parlimen, semalam.

Menurutnya, dalam video berkenaan, suspek bertindak mengajuk pergerakan dan perbuatan seolah-olah mereka adalah golongan OKU fizikal yang tempang sambil membuat bunyi seakan beruk serta bergelak ketawa.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, video pertama yang dimuat naik telah dilakonkan oleh dua orang lelaki yang berlagak sebagai OKU dan mempersendakan tempat letak kereta OKU di sebuah pusat beli-belah.

Suspek juga didapati mengajuk perbuatan OKU selepas berjaya memarkir kenderaan mereka di tempat letak kereta OKU dan menggunakan bahasa kasar dan tidak sopan.

Eng Lai memberitahu, video kedua pula memaparkan dua suspek wanita yang menyalahgunakan tandas khas OKU di sebuah stesen minyak.

Pengadu membuat laporan polis untuk siasatan lanjut kerana beranggapan kesemua suspek telah menghina komuniti OKU di Malaysia secara terang-terangan. Suspek juga tanpa rasa bersalah menggunakan warga OKU sebagai bahan untuk menarik perhatian pengguna di media sosial.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Semalam, Sinar Harian melaporkan berkenaan dua pemuda yang merakam perbuatan mereka menggunakan parkir khas OKU di sebuah pusat beli-belah dan diminta membuat permohonan maaf kepada komuniti tersebut.

Menurut laporan tersebut, Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi membidas tindakan mereka yang berpura-pura menjadi OKU dan menceroboh kemudahan dikhaskan kerana dilihat seperti mempersendakan golongan istimewa terbabit.

Mengulas lanjut, Eng Lai berkata, kesemua suspek sedang dikesan berdasarkan maklumat yang telah disalurkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dengan penggunaan media sosial secara tidak wajar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply