ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis cari penunggang motosikal ketuk cermin dan ugut pemandu kereta

Tular

Views

Polis sedang giat mengesan seorang penunggang motosikal yang dipercayai melakukan ugutan jenayah terhadap seorang remaja dalam satu kejadian yang berlaku berhampiran Menara PGRM, Cheras pada 19 Mei lalu.

Menurut portal MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 19 tahun itu di Balai Polis Cheras pada hari yang sama.

Remaja itu dikatakan sedang memandu keretanya sebelum ditahan oleh penunggang motosikal terbabit yang kemudiannya mendakwa pengadu telah keluar dari simpang jalan di kawasan itu dan nyaris menyebabkan kemalangan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambah beliau, penunggang motosikal itu bertindak mengeluarkan sebatang besi dan mengetuk cermin hadapan kereta pengadu dan turut meminta pengadu untuk keluar.

Mohamed Mokhsein berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan tindakan mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang awam supaya lebih berhati-hati dan berhemah semasa berada di jalan raya selain tidak mengambil sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Mohamed Mokhsein turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622 atau Bilik Gerakan IPD Cheras di talian 03-92845050.

Sejak beberapa hari lalu tular di laman Facebook menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju T berwarna hitam dan seluar celoreng tanpa memakai pelitup muka mengamuk dengan membawa sebatang besi.

Rakaman video berdurasi satu minit satu saat itu memaparkan lelaki terbabit mengetuk beberapa kali cermin di bahagian hadapan kereta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply