ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis Daerah Krakor tangkap suspek curi ‘Porsche Panamera palsu’

Tular

Views

Tular satu hantaran di laman Facebook Polis Daerah Krakor, Kemboja sejak semalam berikutan penangkapan seorang lelaki dipercayai suspek kes curi kereta sport.

Sebenarnya, apa yang mencuri perhatian warganet adalah laporan dari pegawai polis, Timbalan Jeneral Em Ron yang mengatakan suspek tersebut dituduh mencuri sebuah kereta Porsche Panamera 2021.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Kehilangan kereta tersebut telah dilaporkan oleh pemiliknya yang bernama Hiek Vilay, 32, dari perkampungan Svay Koy, di daerah Baribour.

Suspek, Khim Seiha, 23 dari wilayah Prey Veng telah ditahan dalam satu serbuan oleh pasukan khas Polis Daerah Boribo. Sebenarnya kereta yang dicuri bukanlah Porsche Panamera, ia hanyalah sebuah Toyota MR2.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Kami syak, pihak polis terkeliru dengan lencana Porsche dan Panamera yang ditampal pada bahagian depan dan belakang kereta tersebut. Rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang melucukan.

Nampaknya bukan si pencuri kereta sahaja yang tertipu dengan Porsche Panamera palsu, pihak polis pun sama keliru.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply