ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis iring pesakit COVID-19 mengadu sesak nafas di SJR ke hospital

Berita Tempatan

Views
Pesakit Covid-19 mengadu sesak nafas di SJR, polis bantu iringi ke HSAH

Seorang pesakit COVID-19 yang memakai gelang pengawasan berwarna merah jambu dan di bawah arahan kuarantin di rumah mengadu sesak nafas kepada petugas di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Sungai Petani Utara, di Sungai Petani, malam tadi, sebelum polis membantu mengiringinya ke hospital.

Menurut Harian Metro, Lelaki berusia 38 tahun yang memandu kereta Perodua Kancil itu dikesan memakai gelang pengawasan berkenaan ketika melalui SJR kira-kira 10 malam ini, dan memaklumkan dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil siasatan mendapati, lelaki itu dari Taman Kempas, dalam perjalanan ke HSAH selepas mengalami sesak nafas dan turut mengadu keletihan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Beliau berkata, lelaki itu memaklumkan dia tinggal seorang diri dan hendak menjalani pemeriksaan di hospital. Berikutan itu, polis membantu mengiringi lelaki itu sehingga ke HSAH bagi memastikan dia dapat menjalani rawatan lanjut.

Soal siasat juga mendapati, lelaki itu sudah dikuarantin sejak tiga atau empat hari lalu kerana positif COVID-19. Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Chuah Seong Lim.

Difahamkan, ada lima SJR didirikan di daerah ini dan didapati terdapat penurunan kenderaan keluar masuk ke sini pada 11 Julai lalu sehingga semalam.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Dalam pada itu, Adzli berkata, beliau kesal dengan tindakan individu di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Lalang dan Bakar Arang yang dikesan merosakkan dan memotong kawat duri untuk membolehkan mereka keluar sesuka hati.

Katanya, kerosakan itu sudah dibaiki dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Namun hari ini kita berjaya mengesan individu yang cuba merosakkan dan mengalihkan pagar duri serta halangan di kawasan PKPD Taman Bandar Baharu, Sungai Lalang hari ini.

Tambahnya, perbuatan itu dikesan 2 pagi semalam selepas mendapati pagar duri dan halangan itu sudah dialihkan serta dirosakkan. Katanya lagi, setakat ini pihaknya giat mengesan individu yang terbabit dan siasatan boleh dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply