Polis Jerantut giat menjejaki pemandu lori dan pemandu kereta jenis Proton Persona selepas tular klip video memaparkan sebuah lori dipandu secara bahaya mengganggu perjalanan dan menghimpit kereta tersebut.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis memberitahu, penularan klip berdurasi 52 saat itu dikesan di media sosial kira-kira jam 8.30 pagi pada Ahad.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Menurutnya, kejadian tersebut sempat dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di tempat kejadian. Hasil semakan pihak polis, kejadian berlaku di di Batu 1, Jalan Jerantut-Benta (arah Jerantut).
Kedua-dua pemandu di dalam video tersebut diminta tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Ujar beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu pihak polis.
Tambahnya lagi, orang ramai boleh hadir ke Balai berhampiran atau menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jerantut di talian 09-2666889. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI