ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis kesan individu rakam foto tular Proton Saga hitam didakwa halang lalu lintas

Tular

Views

Polis sedang mengesan individu yang mengambil gambar sebuah kereta jenis Proton Saga didakwa menghalang lalu lintas di Persiaran Brash, dekat Ipoh yang tular di media sosial.

Astro AWANI melaporkan, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan hantaran berkenaan selepas ia dimuat naik menerusi akaun Twitter ‘Dis @Tfsgxy_‘.

Katanya usaha pihak polis bagi mengesan individu yang mengambil gambar berkenaan adalah bagi mengesan pemilik kereta tersebut.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Kejadian tersebut disyaki berlaku di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo.

Kini, pihak polis sedang mengesan individu yang merakam gambar tersebut untuk membantu mengenal pasti pemilik kereta terbabit.

Dengan ini, pihak polis ingin menyeru kepada individu yang merakam gambar tersebut pada masa kejadian supaya berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh DSP Koo Boon Kuat, di talian 016-4173222 untuk membantu siasatan lanjut pihak polis.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Pada masa sama, Yahaya meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sehingga menjejaskan siasatan mahupun reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebelum ini tular di media sosial dua gambar yang memaparkan sebuah kereta didakwa telah menghalang lalu lintas di sebuah kawasan rekreasi di Ipoh.

Dalam gambar berkenaan turut dipaparkan sehelai rompi (vest) yang tertulis perkataan ‘POLIS’ telah diletakkan pada papan pemuka kenderaan terbabit.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit VIRAL PERAK

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply