ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis KL terima dua van jenazah sumbangan Uncle Kentang, boleh diguna secara percuma

Berita Tempatan

Views

Polis Kuala Lumpur menerima dua van jenazah yang akan dimanfaatkan bagi kegunaan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan pengurusan jenazah secara percuma.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, van jenazah berkenaan adalah sumbangan Pertubuhan Amal Uncle Kentang yang akan ditempatkan di Balai Polis Dang Wangi dan Balai Polis Cheras.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Katanya, orang ramai boleh datang ke balai tersebut dengan memaklumkan kepada anggota bertugas untuk mendaftar nama bagi menggunakan van secara percuma.

Tambah beliau, sekiranya tidak ada pemandu ketika itu, kita akan mohon bantuan rakan strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan van berkenaan diguna bagi mengurus sebarang keperluan.

Menurut beliau, pihaknya berharap khidmat dua van jenazah itu dapat memberi manfaat serta kemudahan kepada masyarakat berdekatan.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Inisiatif ini adalah permulaan yang baik dan pihaknya berharap Pertubuhan Amal Uncle Kentang dapat menambah jumlah van yang ditempatkan di balai polis di Kuala Lumpur pada masa akan datang.

Sementara itu, pengasas persatuan berkenaan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, pihaknya mempunyai 25 van jenazah yang disediakan untuk kemudahan masyarakat.

Katanya, kolaborasi dengan pihak polis ini merupakan kali pertama persatuan berkerjasama dengan pihak polis dari segi pemberian van jenazah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply