ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis lakukan rondaan semasa sambutan Aidilfitri – Rumah banyak kereta akan diperiksa

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini sebagaimana yang dilaksanakan tahun lalu. Menurut Astro AWANI, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, rondaan itu dilakukan bagi memastikan tiada mana-mana pihak ataupun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran.

Menurut beliau, tindakan itu juga sebagai langkah memastikan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 berada pada tahap baik serta mengurangkan risiko jangkitan wabak semasa musim perayaan.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Katanya, pematuhan SOP ada kalanya diingkari segelintir pihak dengan mengambil peluang merentas negeri ketika cuaca yang tidak mengizinkan pihak berkuasa melakukan kawalan dan pemeriksaan. Tambahnya, ada antara mereka yang mengambil kesempatan semasa anggota polis tidak dapat bertugas ketika hujan lebat.

Beliau sebelum itu melancarkan buku 69 Komando Lahad Datu Mac 2013 sempena lawatan kerja beliau di kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta. Hadir sama Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid. Berikutan itu, beliau berkata, PDRM akan menggunakan strategi yang sama seperti tahun lalu dengan mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Jelas beliau, jika anggotanya melihat banyak sangat kereta di sesebuah rumah, maka mereka akan membuat pemeriksaan sama ada mempunyai surat kebenaran untuk balik atau sebagainya. Dalam perkembangan lain, beliau meminta agar rakyat tidak keliru dengan arahan berkenaan pergerakan rentas negeri yang dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, baru-baru ini.

Katanya, walaupun pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja,
namun ia terkecuali sekiranya berlaku sebarang kecemasan ataupun urusan kerja yang mendesak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Utusan Malaysia

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply