ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis Pahang dapat 30 unit kereta peronda Honda Civic 1.8 baharu

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran menerusi laman Facebook rasminya kira-kira 2 jam yang lalu, Polis Kontinjen Pahang mengumumkan pihaknya telah diperuntukkan sebanyak 30 unit kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Civic 1.8 untuk tugasan rondaan dan membanteras jenayah. Kenderaan MPV ini dilengkapi peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera pemuka (dashcam) dan perakam video digital mudah alih.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Majlis Penyerahan kenderaan peronda ini telah disempurnakan oleh YDH CP Datuk Sri Abd Jalil Bin Hassan, Ketua Polis Pahang di dataran Kawad, Kompleks Logistik Alor Akar hari ini. Ketua Polis Pahang berkata, pihaknya telah menerima 30 unit kereta tersebut dan akan diagihkan kepada Ibu Pejabat Polis setiap daerah.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Tambah beliau, kenderaan MPV ini diagihkan ke daerah-daerah mengikut kuota yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman seperti berikut, IPD Kuantan – 5 unit, IPD Temerloh – 4 unit, IPD Bentong  – 4 unit, IPD Maran – 3 unit, IPD Pekan – 3 unit, IPD Rompin – 2 unit, IPD Jerantut – 2 unit, IPD Raub – 2 unit, IPD Kuala LIpis – 1 unit, IPD Bera – 1 unit, IPD Cameron Highlands – 1 unit.

Menurut beliau lagui, unit kereta peronda MPV merupakan antara aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang amat penting bagi tujuan pencegahan jenayah. Terdapat dua jenis MPV digunakan pada masa kini iaitu Proton Waja dan Prevé. Oleh kerana Waja mengalami banyak kerosakan dan keadaan keretanya yang kelihatan uzur, kerajaan membuat keputusan untuk menggantikannya dengan Honda Civic 1.8.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Pahang

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply