ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis rakam percakapan wanita yang mendakwa ada ‘kabel’ KPN

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular status media sosial seorang wanita yang mendakwa suaminya mempunyai ‘kabel‘ dengan Ketua Polis Negara (KPN) bagi membolehkannya pulang ke Kuantan. Menurut Sinar Harian, pihak polis telah berjaya mengesan wanita berusia 30an itu yang bekerja di Kuala Lumpur.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Pahang telah merakam percakapannya semalam. Jelas beliau, wanita itu mendakwa dirinya tidak berniat untuk menggunakan nama KPN, namun berbuat demikian kerana amat tertekan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga mengada-adakan cerita.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Tambah beliau, pihaknya juga sedang menyiasat bagaimana dia boleh terlepas pulang ke rumah orang tuanya di Kuantan pada 12 April lalu tanpa alasan kukuh bagi melakukan pergerakan dalam tempoh PKP. Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan bahawa beliau tidak pernah dihubungi atau memberikan keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melakukan perjalanan tidak wajar sepanjang pelaksanaan PKP.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply