ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis sahkan 11 kenderaan terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan

Berita Tempatan

Views

Polis mengesahkan 11 buah kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 139.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Perai yang menyebabkan kesesakan teruk sejauh kira-kira 15 kilometer semalam.

K! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 2.40 petang.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan itu berlaku apabila sebuah bas dari arah Butterworth menuju ke Ipoh, Perak disyaki hilang kawalan dan melanggar sebuah kenderaan di hadapan.

Seterusnya, bas itu melanggar sembilan lagi kenderaan lain yang dalam laluan sama. Beberapa mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Sementara itu, Shafee berkata, pihaknya meminta pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd. Sufi Abdul Razak di talian 013-477 4542 atau 04-538 2222 bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan lebuh raya itu sesak teruk sejauh kira-kira 15 kilometer sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth apabila kedua-dua lorong terhalang ekoran kejadian itu.

Kejadian dikatakan berlaku selepas sebuah bas ekspres melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire di lorong kanan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain di hadapannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply