ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis sedang mengesan lelaki hentak warga emas dengan topi keledar di Shell Tol Duta

Tular

Views

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang mengasari seorang pemandu kereta dengan menggunakan topi keledar dalam satu insiden di stesen minyak Shell, di Jalan Duta, menghala ke utara.

Berita Harian melaporkan, insiden berkenaan dikesan menerusi video berdurasi 43 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter, jam 11.31 pagi, semalam.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat tindakan di luar kawalan yang boleh mendatangkan kecederaan dan ketakutan kepada mana-mana orang.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Spekulasi berkaitan video ini hendaklah dihentikan sehingga penyiasatan pihak polis selesai dijalankan. Saksi awam di tempat kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan individu mungkin terbabit dalam insiden berkenaan diminta hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Katanya, setakat ini pihak polis turut sedang mengesan tarikh dan masa kejadian berkenaan berlaku. Beliau berkata maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply