ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis siasat dakwaan pemandu Honda CR-V mabuk rempuh empat kenderaan

Berita Tempatan

Views

Polis menyiasat kenyataan tular di media sosial mendakwa lelaki memandu kenderaan dalam keadaan mabuk sehingga merempuh empat kenderaan lain yang diparkir di tepi jalan di Jalan Sri Permaisuri, Cheras, kelmarin.

Menurut Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan lelaki berusia 69 tahun berlaku pada 8 malam.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurutnya, warga emas itu yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V dikatakan dalam perjalanan dari Cheras menghala Petaling Jaya.

Pemandu dan semua pemilik kenderaan dirempuh terbabit sudah membuat laporan polis. Tiada kecederaan dialami oleh mana-mana pihak dalam kejadian itu.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambahnya, setakat ini, siasatan masih diteruskan bagi mengesahkan sama ada wujudnya unsur mabuk hingga mengakibatkan kemalangan itu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-207 19999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-211 59999.

Kelmarin, seorang pengguna Facebook dikenali Sepang Viral mendakwa seorang lelaki yang memandu kereta di bawah pengaruh alkohol merempuh lima kenderaan di parkir tepi jalan dekat Cheras.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply