ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis siasat insiden pergaduhan tiga individu dalam video tular

Berita Tempatan

Views

Polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti kejadian pergaduhan membabitkan tiga individu di lampu isyarat berhadapan pusat beli-belah Centre Point, di Kota Kinabalu, Selasa lalu.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan membabitkan suspek lelaki disyaki mabuk yang dirakam menumbuk seorang wanita sebelum bergelut dengan teman lelaki mangsa.

Jelas beliau, semasa kejadian, mangsa dikatakan baru pulang dari tempat kerja di sebuah restoran berhampiran tempat kejadian.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Tambahnya, mangsa dan teman lelakinya dipercayai menuju ke pusat beli-belah berkenaan sebelum berlaku insiden terbabit. Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video berdurasi 13 saat memaparkan seorang lelaki bertindak menyerang wanita berkenaan sebelum dibantu teman lelakinya tular di media sosial selepas dipercayai dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply