ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis tahan lelaki mengamuk dan pecahkan cermin Perodua Axia isteri

Tular

Views

Seorang lelaki yang mengamuk dan memecahkan cermin kereta isterinya di Jalan Teluk Wanjah di Alor Setar pada Isnin lalu ditahan polis pada hari sama.

Menurut Utusan Online, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada wanita berusia 24 tahun itu pada pukul 10.37 pagi.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai kerani mendakwa ketika kejadian dia memandu kereta Perodua Axia sebelum menyedari diekori suaminya yang berusia 30 tahun di Lorong Panglima Jalan Teluk Wanjah.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Suspek pada masa itu menunggang motosikal jenis Honda Wave dan dia seterusnya bertindak menahan kereta mangsa.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak mengetuk cermin sebelah penumpang hadapan beberapa kali dan menyuruh mangsa membuka tingkap dengan alasan mahu memberikan wang kepada anak mangsa.

Mangsa kemudian membuka sedikit cermin kereta, namun, secara tiba-tiba suspek merentap cermin berkenaan sehingga pecah dan tercabut. Serpihan kaca turut terkena pada anak mangsa sehingga menyebabkannya terkejut.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Kata beliau, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran rumah mangsa yang tidak dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV).

Bagaimanapun kejadian sempat dirakam mangsa dengan telefon bimbit miliknya. Tambahnya, suspek telah ditahan pada hari kejadian dan hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah.

Tambah beliau lagi, suspek direman selama empat hari bermula semalam dengan kes disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply