ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis tahan murid tahun enam merempit sambil buat aksi ‘wheelie’

Berita Tempatan

Views

Murid tahun enam di sebuah sekolah di sini antara tiga individu yang ditahan polis petang semalam selepas didapati menjadikan Jalan Tok Keramat, Padang Tembak, di Tasek Gelugor sebagai litar berlumba.

Menurut Berita Harian, dalam Op Samseng Jalanan pada jam 6.30 petang itu, pasukan Skuad 42, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri mengesan dua motosikal yang ditunggangi tiga remaja lelaki secara merbahaya.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata tindakan mereka itu menyalahi undang-undang selain mengancam keselamatan diri dan juga pengguna jalan raya lain.

Katanya, polis yang melakukan penugasan di jalan itu melihat sebuah motosikal yang ditunggangi murid tahun enam yang membonceng rakannya berusia 13 tahun dan sebuah lagi motosikal yang ditunggangi remaja juga berusia 13 tahun.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Mereka disyaki membuat aksi ‘wheelie bermula dari Jalan Titi Keramat ke arah Taman Cempedak yang amat berbahaya. Oleh itu, ketiga-tiga mereka ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Noorzainy mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawal pergerakan anak dan tidak sewenang-wenangnya memberi kebenaran menunggang motosikal tanpa lesen. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan merbahaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply