ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis tahan pemandu Audi A4 dan Toyota Wish ‘saling berkejaran’ di lebuh raya, punca nak tarik kereta ada hutang

Berita Tempatan

Views

Satu rakaman tular memaparkan dua kenderaan beraksi umpama aksi dalam filem apabila berkejaran dan ‘mencilok’ kenderaan lain di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) antara Kilometer (KM) 269 hingga KM 238 arah selatan, 1 Mei lalu.

Menurut Harian Metro, bagaimanapun, tindakan berani mereka hanya sia-sia apabila kedua-duanya kini ditahan polis selepas tampil menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya mengesan satu rakaman tular pada 8 malam 1 Mei lalu memaparkan kejadian kereta Audi A4 dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang dipandu secara melulu dan berbahaya.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kejadian tular itu berlaku pada hari yang sama anggaran waktu sekitar tengah hari. Ia dirakam pengguna jalan raya lain.

Kedua-dua kenderaan itu dipandu secara melulu dan berbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba (zig-zag) dan memotong di lorong kecemasan.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan rakaman yang diterima, pihak Risikan Operasi daripada BSPTD Seremban berjaya mengesan kedua-dua pemilik dan pemandu kenderaan yang terbabit dalam rakaman video berdurasi 1 minit 40 saat itu.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Hasil siasatan mendapati suspek pertama yang memandu Audi A4 seorang lelaki berusia 36 tahun manakala suspek kedua yang memandu Toyota Wish adalah lelaki berusia 34 tahun.

Suspek pertama hadir menyerah diri 9 malam 2 Mei manakala suspek kedua iaitu pemandu Toyota Wish pula hadir serah diri kira-kira 6.45 petang hari ini. Kedua-dua suspek bersama kenderaan ditahan untuk membantu siasatan.

Nanda berkata, hasil siasatan awal mendapati punca sebenar kejadian adalah disebabkan pemandu Audi A4 yang bekerja sebagai penarik kereta hendak menarik Toyota Wish yang dikatakan mempunyai hutang tertunggak selama beberapa bulan.

Namun pemandu Toyota Wish enggan berhenti dan mengakibatkan berlakunya ketidakpuasan hati dan insiden itu berlaku antara kedua-dua suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply