ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis telah kenalpasti mereka ini – Ismail Sabri

Berita Tempatan

Views

Menerusi sidang media harian oleh Menteri Kanan (Pertahanan) sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  memaklumkan pihak polis telah mengenalpasti individu-individu yang tular di media sosial sejak semalam kerana tindakan mereka menipu untuk melepasi sekatan jalan raya sekaligus melanggar  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Semalam tular dua hantaran dari seorang individu yang menyalahgunakan pas kebenaran isterinya yang merupakan seorang petugas kesihatan untuk melepasi sekatan jalan raya dengan mudah dan satu keluarga yang cuba mengajar warganet untuk memperdaya pihak berkuasa dengan menggunakan alasan membawa anak ke hospital untuk keluar rumah beramai-ramai.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Sehubungan dengan itu, Ismail Sabri turut memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan cuba menipu pihak berkuasa untuk ingkar arahan PKP kerana mereka bakal dikenakan tindakan yang tegas. Kami berharap, anda semua mengambil iktibar dengan kejadian tersebut dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi membendung wabak COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply