ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis tembak mati empat suspek kes samun di Sungai Buloh

Berita Tempatan

Views

Astro AWANI melaporkan, polis telah melepaskan beberapa das tembakan sebelum menumpaskan empat penjenayah dalam satu insiden mendebarkan di Sungai Buloh, tengah hari tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat, dalam kejadian berkenaan, tembakan dilepaskan polis selepas suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Axia itu telah melanggar seorang penunggang motosikal yang juga pekerja penghantar makanan.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Kesemua suspek, menurut Fadzil, melarikan diri selepas melakukan jenayah samun di sebuah rumah. Berdasarkan rekod polis, mereka merupakan kumpulan samun bertopeng yang sebelum ini pernah melakukan lebih 50 jenayah seumpamanya dan memang dalam buruan pihak berkuasa.

Ketika melarikan diri, kereta suspek juga telah melanggar dan menggilis seorang penunggang motosikal GrabFood. Pasukan serbuan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke atas kereta (penjenayah) demi mempertahankan pasukan dan orang awam. Keempat-empat penjenayah dilaporkan maut di tempat kejadian.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Pemeriksaan di dalam kereta yang digunakan penjenayah, telah menemui senjata jenis parang. Krew Astro AWANI yang tiba di lokasi kejadian mendapati penunggang motosikal itu dalam keadaan yang tidak parah namun telahpun dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Sewaktu pelanggaran, difahamkan motosikal mangsa dihimpit dan digilis, namun mangsa telah tercampak terlebih dahulu ke atas jalan. Ketika ini, pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan ke atas mayat penjenayah yang masih berada di dalam kenderaan tersebut.

Petugas media buat masa ini hanya dibenarkan membuat liputan dari kawasan yang dikhaskan polis, sementara pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal lain yang cuba berhenti untuk mengambil gambar diarahkan untuk tidak berbuat demikian dan beredar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Astro AWANI

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply