ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis tembak MPV bercermin gelap yang melarikan diri ketika cuba diperiksa

Berita Tempatan

Views

Dalam artikel yang kami naikkan semalam, polis meluahkan rasa terkilan mereka kerana tidak kerana tidak dipanggil bagi membincangkan peraturan baharu cermin gelap yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kelmarin.

Kebetulan pula berita yang dikeluarkan oleh Berita Harian ini ada kaitan dengan cermin gelap. Menurut laporan tersebut, polis sedang memburu individu menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang bercermin gelap melarikan diri ketika cuba diperiksa di Jalan Pudu, semalam.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmy Visunathan Abdullah, berkata kejadian itu berlaku ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melakukan Operasi Tapis (Op Tapis) di lokasi berkenaan pada jam 5.20 petang.

Katanya, ketika operasi dilakukan, kenderaan tersebut dikesan berhenti dengan enjin masih hidup di tepi jalan berhampiran sebuah hotel. Ketika polis menghampiri MPV terbabit untuk pemeriksaan, tiba-tiba pemandunya memecut laju dan hampir melanggar kereta polis yang diletakkan di lokasi berhampiran.

Anggota polis kemudian mengejar kenderaan itu dan ketika itu, kenderaan suspek melanggar sebuah kereta jenis Nissan Almera berhampiran sebuah bank di Jalan Pudu, menyebabkan MPV itu berhenti. Tambahnya lagi, suspek yang berada di dalam kereta diarahkan keluar, namun kenderaan itu sekali lagi memecut hingga memaksa polis melepaskan lima das tembakan ke arah MPV terbabit.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Mohd Fahmy berkata setakat ini masih belum dapat dipastikan berapa jumlah individu yang berada di dalam MPV terbabit ketika kejadian. Disebabkan MPV itu menggunakan cermin gelap, sukar untuk anggotanya mengesan jumlah sebenar individu yang menaiki kenderaan itu.

Kenderaan itu juga dilihat menghala ke arah Jalan Loke Yew dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Nampaknya apa yang dibimbangi oleh pihak polis berkaitan cermin gelap ini memang ada asasnya, dari segi jenayah.

Editor kami juga ada memberi pendapatnya mengenai isu ini, ketik pautan ini untuk menonton video tersebut. Katanya ada satu lagi sidang media berkaitan cermin gelap akan dibuat oleh Menteri Pengangkutan hari ini, nantikan perkembangan terkini.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply