ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis terpaksa tunda Proton Saga terbalik, bimbang tayar belakang tersangkut dalam longkang

Tular

Views

Polis terpaksa menunda sebuah kereta terbabit kemalangan dalam keadaan terbalik bagi mengelakkan tayar kenderaan tersebut tersangkut dalam longkang dalam kejadian di Jalan Syed Putra, 18 Disember lalu.

Menurut Sinar Harian, satu klip video berdurasi lapan saat turut tular di TikTok memaparkan sebuah lori tunda polis menunda sebuah kereta dalam keadaan tayar ke atas dipercayai dirakam oleh seorang pengguna jalan raya.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, video itu dilihat sekitar jam 9.30 malam pada Rabu.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 18 Disember kira-kira 10.55 pagi, di Jalan Syed Putra berhampiran SJK(C) Kuan Cheng, Kuala Lumpur.

Kereta jenis Proton Saga itu tidak boleh digerakkan ke posisi asal kerana halangan longkang. Jika kereta tersebut ditarik pada posisi asal, berkemungkinan tayar belakang akan tersangkut dalam longkang itu.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Sarifudin berkata, kereta tersebut terbalik selepas terlibat dalam satu kemalangan susulan hujan lebat yang melanda ibu kota.

Selepas mendapat persetujuan pemandu kereta, kenderaan tersebut ditarik sejauh lima meter di atas jalan raya dan diterbalikkan ke posisi asal dengan bantuan orang awam.

Beliau berkata, tindakan itu terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain, anggota JSPT serta pemilik kenderaan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply